Thursday 19 June 2014

Chogm Villa, Kuah Pulau Langkawi Part I



Chogm Villa, adalah satu tempat yang paling tip top di 
Pekan Kuah, Langkawi. Di tripadvisor pun, reviews
nya bagus. Dekat dengan tempat makan, shopping
dan segala keperluan semasa berada di Pulau Langkawi.
Haji Ismail Group & Idaman Suri hanya 5 minit drive
dari Chogm Villa, Masjid hanya 3 minit drive, Jeti dalam
5 minit drive...so bayangkan bestnya lokasi Chogm Villa.

Semestinya bagi kami yang sudah ke Pulau Langkawi
3 kali dah ni, Chogm Villa akan sentiasa menjadi
tempat persinggahan bila ke Langkawi pada masa
akan datang. Nak tau kenapa, tengok la
photos selepas ini.









Apartment nya sangat selesa, sangat bersih dan cantik
mata memandang, 3 bilik, fully air-conditioned
di setiap bilik dan juga di ruang tamu..kipas pun ada,
ada kitchen & alatan memasak makan, meja makan, flat
screen tv & astro njoy, sofa empuk, 2 king beds, 1 queen
bed, 2 bathrooms, free wifi, shaded parking lot. PLUS
free laundry! Laundy superb & harum semerbak (
Kedai Dobi Encik Azmi lokasinya di bawah apartment
Seri Legenda.)

Sliding doornya open to a big garden at the back. Well
maintain garden. Ada pokok ros dan pokok-pokok
lain yang sejukkan suasana pagi dan petang.
Sejuk mata memandang. Memang best!
Approximately 10 meters dari pintu sliding ni, ada kolam
renang yang besar selesa. 5 ft Deep. Ada guard
yang berjaga. Kolam kanak-kanak pun ada.

But ke Langkawi, memang tak ada masa untuk
celupkan diri dalam swim pool ni. Anak-anak
dan pakcik diaorang je yang swim sakan
on the first day we arrived.

Burung merpati pun sangat jinak. Tiba-tiba macam
dipanggil sudah ada banyak di belakang apartment.
Apa lagi, anak-anak memberikan roti yang
ada dibawa ditaburkan kepada merpati-merpati
yang lapar ni. :-)

Memang seronok percutian Pulau Langkawi kami
pada kali ini. Especially, bila jumpa Chogm Villa
yang istimewa ini. Kredit to Encik Azmi Saaibon,
owner apartment Chogm Villa ini :-)
yang nice humble orang nya. Mudah
berkomunikasi & berurusan dengannya.

Ni no contact no Encik Azmi 019-463 6256.

Encik Azmi, ada beberapa units apartment
Chogm Villa untuk disewa. Jika anda datang
ke Langkawi dengan beberapa keluarga lain,
boleh uruskan dengan Encik Azmi.
Tapi, booking lah jauh hari lagi ya coz
semasa special events or cuti sekolah..
Chogm Villa ini sentiasa disewa.

Simpang ke Chogm Villa ini sama dengan
ke Apartment Sri Legenda & Amara Guest
House. Sama jalannya, Jalan Seri Lagenda.
Di google maps, tak nampak nama Chogm
Villa.....but building Chogm Villa ni
memang nampak setentang dengan
Apartment Seri Legenda ( nah..saya
dah tandakan nama Chogm Villa di maps
google.)


Jika sebelum ini, kami menyewa 2 bilik hotel
untuk kami sekeluarga. Tetapi, dengan bayaran
2 bilik hotel 1 malam membolehkan kami tinggal
2 malam di apartment ini. Good value deal!
Harga amat berpatutan.

Pada percutian ke Langkawi kali ini juga, kami jumpa
pantai yang pasti akan jadi pot berkelah kami di Langkawi.
Pantai Tengkorak! Pantainya bersih, pasirnya putih
halus & secluded lokasinya.
Tak rugi mencarinya. Highly recommended
untuk anak-anak bermain air. Ombaknya
tidak kuat di sini compared to di Pantai Cenang
yang kuat ombaknya dan dalam pantainya.

"-Wow-" jumpa 2 benda baru yang 2 thumbs
up untuk family vacation ku kali ini. First,
Chogm Villa, Second, Pantai Tengkorak. :-)

Masih teringat family vacation ku ke Melbourne
3 tahun lepas. Masih fresh di ingatku...
Anak-anak ku pun masih mengajak ku ke
sana lagi. 2 minggu merasai kehidupan di
Melbourne memang nampaknya masih tidak
cukup :-). Kami berpeluang menyewa
sebuah rumah di sana, pengalamannya
memang best.....santai...








Anak bongsu ku, sambung tidur lena di atas katil empuk ni...sejuk pula tu. Najmi
memang akan tidur lama jika sejuk dan selesa.


Mak mertua ku, duduk santai di sofa yang empuk ini.










Truly,
Roslinda Hj Omar :-)
IDP: 872728
BERMINAT MENGETAHUI PELUANG INI?
OFFER HEBAT DARI TONE EXCEL!
SMS/CALL/WHATSAPP/EMEL
To: Roslinda 016-2201009
roslinda@gmail.com

Alamat Cawangan ToneExcel Bandar Baru Bangi: 
>>> Unit No. C-3A-2nd, 
Bangi Gateway Shopping Complex,
Persiaran Perkeliling, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
(near Bandar Baru Bangi Tol Exit).


1 comment:

  1. hai. jemput join segmen saya.

    http://www.mystorymory.com/2014/07/segmen-wow-duit-raya-12-17-julai-2014.html

    ReplyDelete